7 Langkah Mencapai Matlamat
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.
Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah.2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.
Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.


